SELANGOR FC
BERITA

Skuad Futsal Selangor FC Sedang Beraksi di MPFL Divisyen 1 2024

Feb 25, 2024 - FAS

Skuad Futsal Selangor FC yang telah rasmi mendapat tajaan Yoodo pada awal tahun ini telah membuka tirai saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL)  Divisyen 1 2024 pada 18 Februari  di Kompleks Sukan Negara Shah Alam Panasonic.

Musim ini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan format baharu bagi saingan MPFL 2024. Kejohanan ini telah dibahagikan kepada dua divisyen iaitu Divisyen 1 dan Divisyen 2. Sepuluh pasukan daripada musim lalu bersaing dalam Divisyen 1 dan telah dipecahkan kepada dua kumpulan, iaitu Kumpulan A (Pahang Rangers, Pulau Pinang, Terengganu dan Sabah) serta  Kumpulan B (Selangor FC, Johor DT, Selangor TOT United dan Shah Alam City). 

Pasukan-pasukan ini akan bertemu dalam dua pusingan (home & away) melengkapkan 18 perlawanan. Perubahan musim ini adalah juara MPFL 2024 akan ditentukan menerusi jumlah kutipan mata pasukan dan tiada lagi aksi peringkat kalah mati. 

Dibawah merupakan jadual pusingan pertama perlawanan Selangor FC:

18/2/22, 05:00 PM - SELANGOR FC vs SABAH FA (2-3)

25/2/22, 08:30 PM - PAHANG RANGERS FC vs SELANGOR FC

02/3/22, 08:30 PM - SELANGOR FC vs KL CITY FC

16/3/22, 09:30 PM - JOHOR DARUL TA'ZIM vs SELANGOR FC

31/3/22, 09:30 PM - SELANGOR FC vs TERENGGANU

26/5/22, 08:30 PM - SHAH ALAM CITY vs  SELANGOR FC

01/7/24, 08:30 PM - GOMBAK TOT UNITED vs SELANGOR FC

Antara syarat lain musim ini adalah pasukan-pasukan dibenarkan mendaftar maksimum dua pemain import dengan syarat berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai rekod beraksi di Liga Futsal luar negara dan dalam senarai pemain setiap pasukan wajib ada sekurang-kurangnya dua pemain berusia 19 tahun (atau ke bawah).

Untuk pengetahuan, Yoodo (Telco Digital) telah rasmi diumumkan sebagai rakan penaja Skuad Futsal Selangor untuk musim 2024 pada 29 Januari yang lalu. Pasukan ini telah mengekalkan ketua jurulatih musim lalu, Edgar Eder Baldasso bagi membawa pasukan memburu kejuaraan musim 2024. Beliau akan dibantu oleh dua orang pembantu jurulatih iaitu Ahmad Khairi dan Shao Yao Eoh. Manakala jurulatih penjaga gol, Firdaus Razali dan jurulatih kecergasan, Luqman Mat.

Di bawah adalah barisan pemain Futsal Selangor FC:

PENJAGA GOL: Helmi Imran, Syaifuddin Syukri, Syawal Sabaruddin

FIXO: Fariq Mohamad, Matheus Silva (Pemain Import), Haziq Haikal, Ali Imran, Farikh Khabibor

ALA: Aidil Shahril, Syed Aizad, Faris Johan, Syahir Khan (19 Tahun), Aidil Izwan, Khairul Effendy, Kevin Kafflee (19 Tahun), Imran Samsudin, Firdaus Zulkefli

PIVOT: Well Pereira (Pemain Import), Bukhari Samsudin, Khaiyum Khaimi, Azamuddin Hassan

Pihak pengurusan mendoakan kejayaan skuad Futsal Selangor FC untuk musim ini. Semoga pasukan memperoleh kemenangan untuk layak ke pusingan kalah mati sekaligus mengambil semula takhta kejuaraan. Ayuh Red Giants!

Demi Kebanggaan!